BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 10 November 2021 — A handover ceremony of the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) Chairmanship to the Kingdom of Cambodia was held virtually this afternoon following the conclusion of the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) Retreat, the ASEAN-Republic of Korea (ROK) Defence Ministers’ Informal Meeting and the ASEAN- Australia Defence Ministers’ Informal Meeting, marking the conclusion of Brunei Darussalam as the Chairman of the ASEAN defence sector for 2021.
At the ceremony, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, Brunei Darussalam, as the outgoing Chair of ADMM 2021 in his final remarks, recalled the Titah of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam at the Closing Ceremony of the 38th and 39th ASEAN Summit and Related Summits and the Handing Over of the ASEAN Chairmanship, that ASEAN Community-building will always be a work in progress, and that it is thus vital to remain committed to upholding multilateralism and a strong regional architecture to enable meaningful progress for years to come.
Yang Berhormat Minister of Defence II also extended his sincere appreciation for the support accorded by the ASEAN Defence Ministers in ensuring the success of all ASEAN defence meetings and looked back to recognise the achievements throughout the years since the establishment of ADMM. A video presentation on ADMM Chairmanship was also presented, showcasing the 15 years of continued regional defence cooperation among the ASEAN Member States and the acknowledgement of ADMM Chairmanship in ensuring the ADMM continues to contribute to regional peace and stability through collective efforts.
General Samdech Pichey Sena Tea Banh, Deputy Prime Minister and Minister of National Defence, the Kingdom of Cambodia, delivered his remarks upon accepting the chairmanship of ADMM for 2022, where he congratulated Brunei Darussalam on the successful chairmanship of the ASEAN Defence Ministers’ Meeting and its related meetings, bearing the theme “We Care, We Prepare, We Prosper”.
The Deputy Prime Minister and Minister of National Defence, Kingdom of Cambodia, also highlighted the Kingdom of Cambodia’s theme for ADMM in 2022, “Solidarity for a Harmonised Security”, and its key priorities, followed by a video showcase of Kingdom of Cambodia’s Chairmanship of ADMM.
As the Chair of ASEAN in 2022, the Kingdom of Cambodia will be chairing ADMM and its related meetings, while the Royal Cambodian Armed Forces will be chairing ASEAN Chiefs of Defence Forces Meeting (ACDFM) and its related meetings.
MAJLIS PENYERAHAN PENGERUSI MESYUARAT MENTERI-MENTERI PERTAHANAN ASEAN KEPADA KERAJAAN KEMBOJA BAGI TAHUN 2022
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 10 November 2021 – Majlis penyerahan Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke Kerajaan Kemboja sebagai Pengerusi ADMM bagi tahun 2022 telah diadakan secara dalam talian pada petang ini setelah berakhirnya mesyuarat ADMM Retreat, Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan ASEAN-Republik Korea dan Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan ASEAN-Australia, dan menandakan berakhirnya Negara Brunei Darussalam sebagai Pengerusi sektor Pertahanan ASEAN bagi tahun 2021.
Semasa majlis tersebut, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Negara Brunei Darussalam, sebagai Pengerusi ADMM 2021, dalam ucapan penyerahan beliau telah menekankan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta Sidang Kemuncak Berkaitan serta Penyerahan Pengerusi ASEAN bahawa pembinaan Komuniti ASEAN adalah satu proses yang berterusan, oleh itu adalah penting bagi Negara-Negara ASEAN untuk terus komited dalam mengukuhkan multilateralisme dan rangka kerja kerjasama serantau yang kukuh untuk meraih kemajuan yang bermakna untuk masa hadapan.
Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan yang diberikan oleh Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dalam memastikan kejayaan semua mesyuarat pertahanan ASEAN, dan mengimbas kembali dalam memberi pengiktirafan kepada pencapaian ADMM sejak 15 tahun penubuhannya. Sebuah tayangan video mengenai Pengerusian ADMM turut ditayangkan dengan memaparkan kerjasama pertahanan serantau yang berterusan dalam kalangan Negara-Negara ASEAN selama 15 tahun dan penghargaan Pengerusi ADMM dalam memastikan ADMM terus menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau melalui usaha-usaha kolektif.
Jeneral Samdech Pichey Sena Tea Banh, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Nasional Kerajaan Kemboja menyampaikan ucapan beliau sebagai Pengerusi ADMM bagi tahun 2022 setelah mengambil alih pengerusian tersebut, di mana beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Negara Brunei Darussalam atas kejayaan sebagai pengerusi ADMM dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, yang membawa tema “We Care, We Prepare, We Prosper”.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Nasional Kerajaan Kemboja juga mengetengahkan tema ADMM bagi tahun 2022 iaitu “Solidarity for a Harmonised Security” serta keutamaan Kerajaan Kemboja sebagai Pengerusi ADMM 2022, dan disusuli oleh satu tayangan video mengenai pengerusian ADMM di bawah Kerajaan Kemboja.
Sebagai Pengerusi ASEAN pada 2022, Kerajaan Kemboja akan mempengerusikan ADMM dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, manakala Angkatan Bersenjata Diraja Kemboja akan mempengerusikan Mesyuarat Ketua Angkatan Pertahanan ASEAN (ACDFM) dan mesyuarat berkaitannya.