Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTER OF DEFENCE II CO-CHAIRS ASEAN-AUSTRALIA DEFENCE MINISTERS’ INFORMAL MEETING

BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 10 November 2021 – The ASEAN-Australia Defence Ministers’ Informal Meeting was held virtually this afternoon at the International Convention Centre (ICC), Berakas, following the conclusion of the ADMM Retreat and the ASEAN-Republic of Korea Defence Ministers’ Informal Meeting.


The ASEAN-Australia Defence Ministers’ Informal Meeting was co-chaired by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, in his capacity as ADMM Chair for 2021, and The Honourable Peter Dutton MP, Minister for Defence Australia.

During the Informal Meeting, ASEAN and Australia Defence Ministers, as well as representatives, discussed ways to further strengthen engagements, align activities and priorities, with the vision that both ASEAN and Australia can mutually benefit. The meeting also welcomed the announcement made by Australia to join the ASEAN Direct Communications Infrastructure (ADI) mechanism, which was initiated by Brunei Darussalam during its chairmanship in 2013. The ASEAN Defence Ministers and representatives expressed their appreciation to Australia for the strong commitment to the ADMM-Plus platform, in particular, Australia’s Co-Chairmanship with Brunei Darussalam on the ADMM-Plus EWG on Military Medicine for the current cycle 2021-2023. 

Australia made history in ASEAN by becoming ASEAN’s first Dialogue Partner in 1974. Since the establishment of the ADMM-Plus in 2010, the inaugural ASEAN-Australia Defence Ministers’ Informal Meeting was held at the sidelines of the ADMM Retreat in Ha Noi, Viet Nam in February 2020.


MENTERI PERTAHANAN KEDUA MEMPENGERUSIKAN BERSAMA MESYUARAT TIDAK RASMI MENTERI-MENTERI PERTAHANAN ASEAN DAN AUSTRALIA

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 10 November 2021 – Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan Australia telah diadakan pada petang tadi secara dalam talian di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas di samping Mesyuarat Retreat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN. 

Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan Australia dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan II selaku Pengerusi ADMM tahun 2021 dan The Honourable Peter Dutton MP, Menteri Pertahanan Australia.

Semasa mesyuarat tersebut, Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan Australia, serta wakil-wakilnya, membincangkan cara bagaimana untuk mengukuhkan lagi penglibatan dengan kedua-dua pihak, menyelaraskan aktiviti dan keutamaan, serta meneroka hala tuju masa hadapan dengan visi bahawa kedua-dua ASEAN dan Australia boleh mendapat manfaat bersama dalam usaha tersebut. Mesyuarat itu juga mengalu-alukan pengumuman Australia untuk menyertai mekanisme ASEAN Direct Communications Infrastructure (ADI) yang telah diperkenalkan oleh Negara Brunei Darussalam semasa Negara Brunei Darussalam mempengerusikan ASEAN pada tahun 2013. Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan wakil masing-masing menyatakan penghargaan mereka kepada Australia atas komitmen yang utuh di dalam platform ADMM-Plus, khususnya pengerusian bersama Australia dengan Negara Brunei Darussalam dalam Kumpulan Kerja Pakar ADMM-Plus mengenai Perubatan Tentera bagi kitaran semasa tahun 2021-2023.

Australia melakar sejarah dalam ASEAN dengan menjadi rakan dialog pertama ASEAN pada tahun 1974. Seja penubuhan ADMM-Plus pada tahun 2010, Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan Australia telah diadakan buat julung kalinya di samping ADMM Retreat di Ha Noi, Viet Nam, pada Februari 2020.


Attachments
News