Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTER OF DEFENCE II CO-CHAIRS ASEAN-REPUBLIC OF KOREA DEFENCE MINISTERS’ INFORMAL MEETING

BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 10 November 2021 – The inaugural ASEAN-Republic of Korea Defence Ministers’ Informal Meeting convened at the International Convention Centre (ICC), Berakas, following the conclusion of the ADMM Retreat. 


The virtual ASEAN-Republic of Korea Defence Ministers’ Informal Meeting was co-chaired by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister of Defence II, in his capacity as ADMM Chair for 2021, and His Excellency Minister Suh Wook, Minister of National Defense, Republic of Korea. 

During the Informal Meeting, all ASEAN Defence Ministers and representatives discussed the ASEAN-Republic of Korea (ASEAN-ROK) cooperation in non-traditional security issues such as maritime security, disaster relief, cyber security and peacekeeping. The Minister of National Defense, Republic of Korea, also briefed on the Action Plan for ROK-ASEAN Defence Cooperation which, was welcomed by ASEAN Defence Ministers. The ASEAN Defence Ministers and representatives also expressed their appreciation to ROK for its strong commitment to the ADMM-Plus platforms, in particular, ROK’s Co-Chairmanship with Malaysia on the ADMM-Plus Experts’ Working Groups (EWG) on Cyber Security. 

The Republic of Korea began its relations with ASEAN in 1989 as a Sectoral Dialogue Partner and was further granted full Dialogue Partner status in 1991. To date, since the establishment of the ADMM-Plus in 2010, the ROK has co-chaired with the Kingdom of Cambodia the EWG on Peacekeeping Operations (PKO) for the 2014-2017 cycle, and the EWG on Maritime Security with the Republic of Singapore for the 2017-2020 cycle.



MENTERI PERTAHANAN KEDUA MEMPENGERUSIKAN BERSAMA MESYUARAT TIDAK RASMI MENTERI-MENTERI PERTAHANAN ASEAN DAN REPUBLIK KOREA

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 10 November 2021 – Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan Republik Korea telah diadakan buat julung kalinya di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas setelah Mesyuarat Retreat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN berakhir. 

Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan Republik Korea yang diadakan secara dalam talian dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua selaku Pengerusi ADMM tahun 2021 dan Tuan Yang Terutama Suh Wook, Menteri Pertahanan Negara, Republik Korea. 

Semasa Mesyuarat Tidak Rasmi tersebut, Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan Republik Korea telah membincangkan kerjasama di antara ASEAN dan Republik Korea dalam isu-isu keselamatan bukan tradisional seperti keselamatan maritim, bantuan bencana alam, keselamatan siber dan operasi pengaman. Menteri Pertahanan Negara Republik Korea juga mengongsikan pelan tindakan bagi kerjasama pertahanan di antara Republik Korea dan ASEAN yang turut dialu-alukan oleh Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN. Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan wakil masing-masing menyatakan penghargaan mereka kepada Republik Korea atas komitmen yang utuh dalam platform ADMM-Plus, khususnya dalam mempengerusikan Kumpulan Kerja Pakar ADMM-Plus bersama Malaysia mengenai Keselamatan Siber bagi kitaran semasa tahun 2021-2023.

Republik Korea telah menjalinkan hubungan dengan ASEAN sebagai rakan dialog sektor ASEAN pada tahun 1989 dan seterusnya diberikan status sebagai rakan dialog ASEAN pada tahun 1991. Sejak penubuhan ADMM-Plus pada tahun 2010, Republik Korea telah mempengerusikan dengan Kerajaan Kemboja dalam Kumpulan Kerja Pakar dalam operasi pengaman (PKO) pada kitaran 2014-2017, dan Kumpulan Kerja Pakar dalam Keselamatan Maritim bersama Republik Singapura bagi kitaran 2017-2020.


Attachments
News