Skip Ribbon Commands
Skip to main content
ASEAN DEFENCE MINISTERS' MEETING RETREAT MARKS FINAL ENGAGEMENT FOR BRUNEI DARUSSALAM AS ADMM CHAIR 2021

BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 10 November 2021 – ASEAN Defence Ministers assembled virtually today for the ASEAN Defence Ministers' Meeting (ADMM) Retreat chaired by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister of Defence II, in his capacity as Brunei Darussalam ADMM Leader at the International Convention Centre in Berakas. 


During the Retreat, the ASEAN Defence Ministers and His Excellency Dato Paduka Lim Jock Hoi, the Secretary-General of ASEAN reflected on the progress and growth of ADMM since its establishment in 2006, noting the 15th anniversary of ADMM, as well as deliberated on the defence sector engagements for this year. The ASEAN Defence Ministers also shared their views and perspectives on directing the future of ADMM, including prospects of ADMM's cooperation in the future across various ASEAN sectoral bodies and Community Pillars.

Attendees included Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, and Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Deputy Permanent Secretary (Policy and Strategy), in their respective capacities as Brunei Darussalam ASEAN Defence Senior Officials' Meeting (ADSOM) Leader and Brunei Darussalam ADSOM Working Group Leader.

At the end of the Retreat, a video on the ADMM 15th Year Commemorative Book was played, which presents ADMM's 15-year journey in realising ADMM’s achievements throughout the years.

Established in 2006, ADMM remains a vital platform in ASEAN's security architecture to facilitate an open and constructive dialogue on regional security issues at the ministerial level. Brunei Darussalam is an active member of the ADMM and supports its regional security architecture initiatives. As the ADMM Chair for 2021, the ADMM Retreat marks the final ministerial-level engagement for Brunei Darussalam.



MESYUARAT RETREAT MENTERI-MENTERI PERTAHANAN ASEAN MENANDAKAN  PENGLIBATAN TERAKHIR BAGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEBAGAI PENGERUSI ADMM 2021

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 10 November 2021 – Menteri-menteri Pertahanan ASEAN telah bersidang secara dalam talian pada hari ini bagi Mesyuarat Retreat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, selaku Ketua ADMM Negara Brunei Darussalam di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. 

Semasa Retreat tersebut, Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan Tuan Yang Terutama Dato Paduka Lim Jock Hoi, Setiausaha Agung ASEAN, mengimbas semula kemajuan dan perkembangan ADMM sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan seterusnya memperingati ulang tahun ADMM yang ke-15, serta membincangkan penglibatan sektor pertahanan bagi tahun ini. Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN juga turut mengongsikan pandangan dan perspektif masing-masing mengenai arah tuju masa depan ADMM, termasuk prospek kerjasama ADMM di masa akan datang di pelbagai Badan Sektoral ASEAN dan Tonggak Komuniti ASEAN.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan selaku Ketua ASEAN Defence Senior Officials’ Meeting (ADSOM) Negara Brunei Darussalam, dan Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Strategi), Kementerian Pertahanan, selaku Ketua ADSOM-Working Group Negara Brunei Darussalam.

Pada penghujung Retreat tersebut, sebuah klip video Buku Peringatan ADMM Penubuhan ADMM 15 Tahun telah ditayangkan yang memaparkan perjalanan ADMM semenjak penubuhannya dalam merealisasikan pencapaian-pencapaian ADMM hingga kini.

Ditubuhkan pada 2006, ADMM merupakan landasan penting dalam pembangunan keselamatan ASEAN bagi memudahcara dialog terbuka dan konstruktif, mengenai isu keselamatan serantau di peringkat menteri. Negara Brunei Darussalam merupakan ahli aktif ADMM dan sentiasa mendokong inisiatif ADMM untuk mengukuhkan pembangunan keselamatan serantau. Selaku Pengerusi ADMM bagi tahun 2021, ADMM Retreat menandakan penglibatan terakhir di peringkat menteri bagi Negara Brunei Darussalam. 


Attachments
News