Skip Ribbon Commands
Skip to main content
THE NETWORK OF ASEAN DEFENCE AND SECURITY INSTITUTIONS (NADI) WORKSHOP ON “EMERGING TECHNOLOGIES AND ITS IMPACTS TO DEFENCE AND SECURITY”

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 29 September 2021 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) today began a Track II Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI) Workshop, held at SHHBIDSS’s Board Meeting Room. 

With the theme “Emerging Technologies and its Impacts to Defence and Security”, the workshop provides a platform for NADI members to exchange views on the impacts of Emerging Technology in defence and security, including perspectives on Unmanned Systems and Cyber Security in the Age of Artificial Intelligence as well as discuss future activities of NADI. In addition, SHHBIDSS plans to conduct a NADI Workshop in April 2022, which will tentatively focus on climate change.

The two-day workshop is chaired by Mr Jolkipli bin Haji Hidop, Acting Director of SHHBIDSS and is attended virtually by the Heads and representatives of NADI from the ASEAN Member States. It is also participated virtually by relevant officers from the Ministry of Defence Brunei Darussalam. 

The workshop will consolidate the recommendations of NADI regarding the lessons learnt and ways forward for the defence sector to take advantage of emerging technologies and address associated future challenges.  

A final joint working paper based on the compilation of research papers from the participating NADI members, presented during the workshop, will also be published and distributed to the Track I ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) through the ASEAN Defence Senior Officials’ Meeting (ADSOM) and ADSOM Working Group (ADSOM WG) for further sharing and considerations on its findings.  






BENGKEL RANGKAIAN INSTITUSI PERTAHANAN DAN KESELAMATAN ASEAN (NADI) MENGENAI “KEMUNCULAN TEKNOLOGI BARU DAN IMPAKNYA KEPADA PERTAHANAN DAN SEKURITI”

BOLKIAH GARISON, Rabu, 29 September 2021 - Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSHHB) hari ini telah memulakan Bengkel Trek II Rangkaian Institusi Pertahanan dan Keselamatan ASEAN (NADI) selama dua-hari, di Bilik Lembaga Mesyuarat, IPPSHHB. 

Bertemakan “Kemunculan Teknologi Baru dan Kesannya kepada Pertahanan dan Sekuriti”, bengkel ini menyediakan platform bagi ahli NADI bertukar pandangan mengenai impak Kemunculan Teknologi Baru dalam pertahanan dan sekuriti termasuk perkongsian perspektif mengenai Sistem Tanpa Pemanduan Manusia (Unmanned Systems) dan Sekuriti Siber pada zaman Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) serta membincangkan aktiviti NADI pada masa depan. IPPSHHB sedang merancang untuk mengadakan bengkel NADI dalam bulan April 2022, yang secara tentatif akan menumpukan kepada isu perubahan iklim.

Bengkel tersebut dipengerusikan oleh Awang Jolkipli bin Haji Hidop, Pemangku Pengarah IPPSSHHB dan juga dihadiri secara dalam talian oleh Ketua dan perwakilan NADI dari negara-negara Ahli ASEAN. Ia juga turut disertai oleh pegawai-pegawai yang relevan dari Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam secara dalam talian.  

Bengkel ini dihasratkan dapat menyatukan saranan NADI berhubung dengan pelajaran yang telah diambil dan langkah-langkah ke hadapan untuk sektor pertahanan memanfaatkan teknologi yang baru mendatang, sambil mengatasi cabaran-cabaran yang akan datang.

Satu kertas kerja yang dimuktamadkan bersama, berdasarkan kompilasi kertas penyelidikan daripada ahli NADI yang turut serta, yang dibentangkan semasa bengkel, juga akan diterbitkan dan dibahagikan ke Trek I Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) melalui Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pertahanan ASEAN (ADSOM) dan Kumpulan Kerja ADSOM (ADSOM WG) untuk perkongsian dan pertimbangan lanjut ke atas hasil dapatannya.


Attachments
News