Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SECOND ASEAN DEFENCE SENIOR OFFICIALS’ MEETING WORKING GROUP (ADSOM WG) CONVENES VIRTUALLY FOR 2021

BANDAR SERI BEGAWAN, Monday 22 March 2021 – The second ASEAN Defence Senior Officials’ Meeting Working Group (ADSOM WG) under the Chair of ASEAN 2021 was held virtually today at the International Convention Centre, Jalan Berakas in preparation for the ADSOM which will be held on 24-25 March 2021. The first ADSOM WG in 2021 took place on 2-3 February 2021.

The meeting was chaired by Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Deputy Permanent Secretary (Policy and Strategy), in his capacity as Brunei Darussalam ADSOM WG Leader. Defence officials of ASEAN member states were also in attendance in their respective capacities as ADSOM WG leaders, along with a representative from the ASEAN Secretariat. 

The ADSOM WG is the preliminary stage of the meeting in the defence sector, which prepares towards endorsing and approving proposals and initiatives for defence cooperation by various ASEAN member states for the final adoption by the ASEAN defence ministers. 

As the ASEAN chair for 2021, Brunei Darussalam will chair the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) virtually on 15 June 2021.






MESYUARAT KUMPULAN KERJA PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PERTAHANAN ASEAN (ADSOM WG) KALI KEDUA BAGI TAHUN 2021 BERSIDANG DALAM TALIAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 22 Mac 2021 – Mesyuarat Kumpulan Kerja Pegawai-Pegawai Kanan Pertahanan ASEAN (ADSOM WG) kali kedua telah diadakan secara dalam talian pada hari ini di Pusat Persidangan Antarabangsa, Jalan Berakas bagi persiapan mesyuarat ADSOM yang akan diadakan pada 24-25 Mac 2021. Mesyuarat ADSOM yang pertama bagi tahun 2021 telah diadakan pada 2-3 Februari 2021.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Strategi), selaku Ketua ADSOM WG Negara Brunei Darussalam. Pegawai-pegawai pertahanan dari negara-negara ahli ASEAN juga telah hadir ke mesyuarat tersebut selaku Ketua-Ketua ADSOM WG negara masing-masing, termasuk seorang wakil dari Sekretariat ASEAN. 

Mesyuarat ADSOM WG adalah peringkat awal bagi mesyuarat sektor pertahanan ASEAN yang bertujuan untuk mengesahkan dan menetapkan semua inisiatif dan cadangan kerjasama pertahanan oleh negara-negara ASEAN untuk diterima-pakai oleh menteri-menteri pertahanan ASEAN. 

Sebagai Pengerusi ASEAN bagi 2021, Negara Brunei Darussalam akan mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) pada 15 Jun 2021 secara dalam talian.


Attachments
News